Skim Pembelian Emas Etika Emas Estet Sdn. Bhd
Salah satu cara mendapat keuntungan daripada pembelian emas ialah dengan menyertai skim pembelian emas Etika Emas Estet Sdn Bhd.

Sebagai syarikat yang terlibat dengan aktiviti jual beli emas secara borong, Etika Emas menyediakan kemudahan membeli dan menjual emas kepada sesiapa yang berminat.
Syarikat Etika Emas Estet beralamat di B2-03 2nd Floor, Megan Ambassy, Jalan Ampang ini menyediakan 2 skim pembelian Emas iaitu:
1. Simpanan Ar-Rahnu (pajak Gadai Islam) di Bank Rakyat atau Agro bank.
2. Skim Simpanan Emas sendiri
Berdasarkan analisa saya, skim Simpanan Ar-Rahnu (pajak Gadai Islam) Etika Emas memberikan pulangan yang lebih lumayan berbanding skim pembelian emas simpanan sendiri.
Huraian mengenai Program Simpanan Ar-Rahnu Etika Emas Estet SB:
Untuk Simpanan Ar-Rahnu pembelian minimum emas ialah 100 gram Emas. harga emas ini akan dirujuk pada harga semasa emas Bank Rakyat.
Jika anda membeli emas di bawah skim ini, Kemudian, syarikat Etika Emas akan meminjamkan 2 kali ganda jumlah Emas tersebut kepada pembeli.
Contoh:
- jika membeli 100 gram, syarikat akan meminjamkan 200 gram
- jika membeli 200 gram, syarikat akan meminjamkan 400 gram
- jika membeli 500 gram, syarikat akan meminjamkan 1000 gram
Kesemua Emas ( milik pembeli dan pinjaman oleh syarikat) ini akan dibawa ke bank (bank Rakyat atau Agro bank) untuk dipajakkan di dalam skim Ar-Rahnu. Semua Emas akan dipajakkan atas nama pelabur.
Semua upah simpan/pajak akan dibayar oleh Etika Emas Estet Sdn. bhd.
Kesemua wang pajakan Emas tersebut akan diambil oleh syarikat sebagai modal perniagaannya.
Syarikat akan memberikan diskaun berjadual sebanyak RM1 utk setiap 1 gram emas yang dibeli pelabur (termasuk yang dipinjamkan oleh syarikat)
Diskaun ini akan diberikan selama 6 bulan.
Justeru, jika anda membeli 100 gram emas maka pulangan anda adalah seperti berikut:
Pendapatan daripada diskaun berjadual.
Bulan 1 = RM300
Bulan 2 = RM300
Bulan 3 = RM300
Bulan 4 = RM300
Bulan 5 = RM300
Bulan 6 = RM300
Jumlah Pendapatan = RM1800.00
Selepas tamat kontrak (6 bulan), para pelabur boleh mengambil langkah-langkah berikut:
1. Sambung kontrak dan dapat diskaun RM300 sebulan selama 6 bulan lagi.
2. Menamatkan kontrak dan menjual balik Emas tersebut kepada Etika Emas.
3. Menamatkan kontrak dan simpan Emas tersebut sendiri.
Bagi opsyen 2, pelabur boleh mendapat keuntungan daripada jualan Emas mengikut harga pasaran semasa.
Etika Emas akan menolak 2% daripada keseluruhan harga Emas tersebut sebagai brokerage fees/kos pentadbiran.
CONTOH PENGIRAAN KEUNTUNGAN SETELAH 6 BULAN.
2. Daripada kenaikan harga emas itu setelah 6 bulan.
1) Pulangan daripada diskaun berjadual ialah:
Febuari 2008 = RM300
March 2008 = RM300
April 2008 = RM300
Mei 2008 = RM300
Jun 2008 = RM300
Julai 2008 = RM300
Total pulangan = RM1800
(bersamaan 16.36% dalam 6 bulan)
Diandaikan:
Pelabur bercadang menjual Emas tersebut selepas tamat kontrak ( 1 Julai 2008)
Andaikan harga Emas pada 1 Julai 2008 adalah RM130 per gram.
Harga Emas semasa RM13,000
(-) 2% kos brokerage (RM260)
= RM12,740
Harga belian awal RM11,000
Jumlah untung selepas jualan = RM1,740
Jumlah pulangan keseluruhan selepas 6 bulan
RM1800 + RM1740
=RM3540.00
Ia bersamaan 32.18% !!!
RISIKO PELABUR ADALAH MINIMUM,
1. Bagi setiap 100g Emas yang anda beli, syarikat akan memberi 200gram Emas untuk dicagarkan.
2. Kesemua Emas ini dicagarkan di atas nama anda.
JAMINAN MODAL
Jika pelabur ingin menjual semula Emas mereka, maka syarikat akan membeli pada harga semasa sekiranya harga semasa lebih tinggi daripada harga belian para pelabur
Atau syarikat akan membeli pada harga belian anda sekiranya harga semasa lebih rendah dari harga belian para pelabur.

